PENGENALAN
Retorik merupakan seni penulisan atau
pengucapan yang berkesan iaitu seni yang memberikan tumpuan kepada gaya,
strategi, bahan dan khalayak. Retorik juga menyentuh hal yang berkaitan dengan
cara menyampaikan pendapat, idea dan saranan atau cara menghuraikan sesuatu
wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau
perasaan dengan jelas dengan menggunakan gaya yang berkesan. Pemahaman penulis
tentang retorik dan kecekapan menerapkannya amat penting untuk membolehkannya
menghasilkan penulisan yang terdiri daripada wacana yang kukuh. Seni
retorik terbahagi kepada beberapa jenis dan mengandungi prinsip-prinsip yang
tertentu
Gaya bahasa pula dapat dibatasi sebagai cara mengungkapkan pemikiran
melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis.
Gaya bahasa adalah bahasa
indah yang digunakan untuk meningkatkan efek dengan cara memperkenalkan serta
memperbandingkan sesuatu hal yang tertentu
dengan hal lain yang lebih umum. Pendek kata penggunaan gaya bahasa tertentu
dapat mengubah serta menimbulkan konotasi tertentu.
Penggunaan retorik dan gaya bahasa dapat
dilihat dalam penulisan karya agung Melayu. Apabila dikaitkan dengan karya,
pastinya ia berbentuk tulisan yang menjadi tonggak keintelektualan sesuatu
bangsa. Melalui tulisan ini dan dengan penggunaan retorik dan gaya bahasa,
keindahan sesuatu bahasa dapat dikenali dan jalinan pemikiran juga akan dapat
diungkap. Karya agung merupakan karya yang dianggap akan dapat membentuk jati
diri sesuatu bangsa sehingga dapat mencerminkan kembali ketamadunan bangsa
tersebut pada bila-bila masa. Daripada hasil karya inilah kita dapat mengenali
dengan lebih mendalam lagi pemikir atau seniman yang menghasilkan karya
tersebut.
Oleh kerana sesuatu karya agung itu memiliki khazanah pemikiran
kekayaan sesuatu bangsa, maka sering kali karya-karya tersebut menjadi rujukan
dan landasan bagi sesuatu bangsa untuk mengorak langkah mengejar kemajuan.
Malah karya agung juga merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni,
ilmu, falsafah, budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan
pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan juga
nilai kemanusiaan.
RETORIK BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Kamus Dewan,
konsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu
(2205:816). Retorik pula dapat difahami
sebagai kesenian untuk berbicara baik yang dicapai berdasarkan bakat alam dan
keterampilan teknis (Retorika Berketerampilan, Berpidato, Berdiskusi,
Berargumentasi, dan Bernegosiasi:2).
Quintilianus pula mendefinisikan retorik sebagai seni pengucapan yang
baik(2010:3). Menurut Corbett dalam
George Campbell pula, retorik bermaksud
seni atau kemahiran memanfaatkan sesuatu wacana (Teori Balaghah Melayu,
2010:3). Tambah beliau kepercayaan dan
keyakinan khalayak terhadap seseorang retor dipengaruhi oleh keupayaan retor
merangsang minda khalayak dari segi pemahaman, imaginasi, kehendak dan perasaan
mereka. Hashim Abdullah berpendapat
bahawa retorik adalah pertuturan yang mempunyai unsur-unsur seni atau sains
yang tertumpu pada pemujukan serta menekankan aspek bahasa yang digunakan
(Teori Balaghah Melayu, 2010:4). Melalui
pendapat tokoh-tokoh di atas, dapatlah difahami bahawa retorik adalah seni pengucapan
yang menggunakan bahasa yang baik untuk tujuan tertentu.
Selepas kemasukan pengaruh Arab ke dalam
Bahasa Melayu pada abad ke-12, karya melayu mempunyai pengaruh arab Islam dari
segi genre mahupun struktur diksi, frasa dan ayat misalnya pada syair mahupun
prosa-prosa melayu pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran cerita kesan
daripada pengaruh karya-karya sastera kitab dan hikayat daripda timur tengah
(Teori Balaghah Melayu:25).
Menurut Affandi dalam Teori Balaghah
Melayu, elemen retorik terdiri daripada usaha tok selampit, awang batil dan
penglipur lara dalam menarik minat penonton dengan cerita-cerita tambahan,
penggunaan suara, lagu, batil, gendang, patung dan sebagainya. Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-2 masihi
hingga abad ke-19 Masihi (Evolusi Bahasa Melayu:2009). Zaman ini bermula apabila berlakunya
kemasukan leksikon Arab. Oleh itu,
kebanyakan karya sastera pada zaman ini banyak dipengaruhi oleh retorik dan
gaya bahasa arab.
Bahasa
Melayu Klasik dikatakan terpisah daripada Bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya
tulisan jawi. Salah satu karya agung
yang dihasilkan pada zaman ini adalah Hikayat Inderaputera (Hikayat
Inderaputera:2010). Naskah ini ditulis
dalam tulisan jawi yang kemas menggunakan dakwat hitam dan di sana sini
terdapat rubrik (Hikayat Inderaputra,xxi:2007).
Selepas
kedatangan Islam, berlaku perubahan besar dalam masyarakat Melayu. Hal ini bukan sahaja melibatkan kepercayaan
masyarakat Melayu pada zaman tersebut malahan melibatkan sistem bahasa
masyarakat Melayu. Melalui Hikayat Inderaputera,
didapati kepercayaan masyarakat pada zaman ini telah berubah daripada Hindhu
Buddha kepada Islam. Hal ini boleh
dilihat melalui penggunaan beberapa perkataan seperti Allah yang menyentuh tentang
agama Islam.
Pertama menyebut nama Allah Ta’ala, kemudian
mengatakan,
“Ini surat daripada
paduka ayahanda Raja Tulela Syah datang
kepada paduka
anakanda Inderaputera yang gagah lagi perkasa
dan
bijaksana. Adapun jikalau ada kasih
baginda…”
(Hikayat
Inderaputera:147)
Pada abad ke-14, kosa
kata dalam Bahasa Melayu Klasik mula mendapat pengaruh Arab.
Hal ini boleh dilihat melalui penggunaan nama watak-watak Islam seperti
Raja Syahsyian dalam petikan di bawah.
Maka titah raja Syahsyian kepada
Inderaputera, “Hai anak-anakkn,
apa bicara anakku sekarang akan
segala anak raja-raja yang
membunuh anakku itu.
(Hikayat
inderaputera:147)
Dalam zaman Bahasa
Melayu Klasik, penggunaan perkataan pangkal ayat adalah berlainan dengan
penggunaan penanda wacana pada zaman moden.
Antara penanda wacana yang sering digunakan pada zaman moden adalah
selain itu, kemudian, tuntasnya, kesimpulannya dan lain-lain lagi. Pada zaman ini, pangkal ayat yang sering
digunakan adalah terdiri daripada alkisah, syahadan, sebermula, maka, hatta dan
demikian. Sebagai contohnya dapat
dilihat melalui petikan Hikayat Inderaputera seperti di bawah.
Alkisah peri mengatakan tatkala Inderaputera
bertemu
dengan
perbendaharaan Raja Bahram Tabut, dan peri mengatakan
Inderaputera
membunuh ular mamdud dan peri mengatakan
Inderaputera dan
peri mengatakan tatkala Inderaputera beroleh
hikmat bedi
Zahra dalam otak ular mamdud itu, dan peri mengatakan
tatkala Inderaputera
beroleh kuda yang bernama Janggi Gardan.
(Hikayat Inderaputera:91)
Pada zaman Bahasa
Melayu Klasik, ayat yang digunakan adalah panjang Hal ini sama seperti dalam petikan di
atas. Ayat yang panjang ini menyukarkan
pemahaman pembaca. Namun begitu, inilah
yang dikatakan sebagai retorik dalam Bahasa Melayu klasik. Jika ayat ini diubah menjadi pendek, sudah
tentu perkara yang ingin disampaikan tidak akan sampai kerana kesukaran
masyarakat pada zaman tersebut untuk memahami sistem bahasa lain daripada
kebiasaan.
Selain itu, ayat yang
digunakan pada zaman ini terdiri daripada ayat pasif. Ayat pasif adalah ayat yang mengutamakan
penyambut atau objek asal sebagai judul atau unsure yang diterangkan (Komsas
dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru,2007:78). Hal ini boleh dilihat melalui petikan di
bawah.
“ Hai nenekku, bahawa aku disuruhkan
oleh Raja Syahsyian
kepada Berma Sakti minta ubat beranak.”
(Hikayat
Inderaputra:16)
Di samping itu,
penggunaan kata penegas lah dan pun adalah salah satu ciri Bahasa Melayu Klasik. Hal ini boleh dilihat dengan jelas dalam
karya agung Hikayat Inderaputera seperti di bawah.
“Adapun diceterakan oleh orang yang empunya
ceritera
Ini demikian
bunyinya.”
(Hikayat Inderaputra:56)
Menurut
Affandi dalam Abu Hassan dan Mohd Rashid Idris, orang Melayu lebih mementingkan
retorik daripada genre untuk mencapai sesuatu maksud. Hal ini bermakna orang Melayu lebih
mementingkan matlamat atau tujuan bercakap berbanding dengan pengucapan yang
terlalu khusus dan ketat peraturannya.
Menurut beliau lagi, karya-karya Melayu akan lebih mudah dikaji daripada
aspek sistem retorik berbanding sistem puitika.
Oleh itu pengkaji akan lebih mengetahui sebab karya-karya orang melayu bercorak didaktik dan mengutamakan ajaran moral. Didaktik dapat difahami sebagai mengajar (Kamus Dewan). Hal ini bermaksud sastera melayu mementingkan unsur pengajaran dalam karyanya. Hal ini berbeza dengan karya barat yang hanya mementingkan bahasa dan tujuan penyampaiannya. Didaktik pada zaman Melayu Klasik lebih mengutamakan unsur pengajaran Islam dalam sesuatu karya. Sebagai contohnya dalam petikan di bawah.
Oleh itu pengkaji akan lebih mengetahui sebab karya-karya orang melayu bercorak didaktik dan mengutamakan ajaran moral. Didaktik dapat difahami sebagai mengajar (Kamus Dewan). Hal ini bermaksud sastera melayu mementingkan unsur pengajaran dalam karyanya. Hal ini berbeza dengan karya barat yang hanya mementingkan bahasa dan tujuan penyampaiannya. Didaktik pada zaman Melayu Klasik lebih mengutamakan unsur pengajaran Islam dalam sesuatu karya. Sebagai contohnya dalam petikan di bawah.
Maka
lihat oleh Laksamana berpuluh-puluh ribu lorong, dalam itu semuanya juga daripada batu hitam dan batu putih dan
merah dan kuning dan hijau;maka diturap dengan kapur gemerlapan rupanya
bercahaya-cahaya kena sinar sinar cahaya matahari itu. Maka tiadalah terinsaf
oleh segala manusia lagi melainkan Allah Subhanahu wa Taala juga akan perbuatan
orang dalam negeri itu.
(Hikayat
Hang Tuah:524)
Melalui
petikan di atas, kita boleh melihat dengan jelas penggunaan perkataan Allah
Subhanahu wa Taala. Petikan di atas
menerangkan bahawa Laksamana dan Maharaja Setia berasa insaf dalam memerhatikan
keindahan di lorong yang dihiasi dengan pelbagai batu yang indah-indah. Keindahan ini adalah kerana anugerah
Allah. Sebagai manusia, kita perlu
bersyukur dengan anugerah yang telah Allah berikan.
Secara kesimpulan, dapatlah difahami
bahawa retorik Bahasa Melayu Klasik sebagai penggunaan bahasa yang berkesan
dalam menyampaikan pengajaran yang dipengaruhi unsur keislaman dan Arab. Penulis berharap supaya karya yang dikarangnya
akan memberikan unsur didaktik dalam diri pembaca Untuk menyampaikan sesuatu didaktik, penulis
perlu menggunakan seni pemujukan atau retorik dalam menyampaikan isi sesebuah
karya.
BENTUK BINAAN AYAT
Menurut Dr Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendefinisikan sintaksis sebagai cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Perbezaan dari segi penggunaan ayat majmuk.
Umumnya, penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan yang tinggi untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat yang terdapat dalam bahasanya, iaitu melalui kebolehannya memenggal ayat kepada bahagian-bahagian yang tertentu. Namun bentuk dan binaan dalam Bahasa Melayu moden tidak sama dengan bentuk dan binaan ayat dalam bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat dilihat di dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik. Karya yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik berbeza dengan Bahasa Melayu Moden dari segi susunan dan juga bentuknya. Sebagaimana yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama, hikayat ini mempunyai banyak bentuk ayat pasif, penggunaan kata majmuk dan sebagainya yang begitu menonjolkan ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik.
Menurut Dr Ali Mahmood dalam buku Morfologi dan Sintaksis mendefinisikan sintaksis sebagai cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Perbezaan dari segi penggunaan ayat majmuk.
Umumnya, penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan yang tinggi untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat yang terdapat dalam bahasanya, iaitu melalui kebolehannya memenggal ayat kepada bahagian-bahagian yang tertentu. Namun bentuk dan binaan dalam Bahasa Melayu moden tidak sama dengan bentuk dan binaan ayat dalam bahasa Melayu Klasik. Hal ini dapat dilihat di dalam karya-karya Bahasa Melayu Klasik. Karya yang menggunakan Bahasa Melayu Klasik berbeza dengan Bahasa Melayu Moden dari segi susunan dan juga bentuknya. Sebagaimana yang terdapat dalam Hikayat Seri Rama, hikayat ini mempunyai banyak bentuk ayat pasif, penggunaan kata majmuk dan sebagainya yang begitu menonjolkan ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik.
(i) Bentuk Ayat Majmuk.
Perlu
disedari bahawa dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kita tidak hanya
menggunakan ayat tunggal sahaja. Kita juga sering kali menggunakan ayat yang
terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicantumkan dan seterusnya
menjadi satu susunan ayat yang lengkap. Ayat yang terdiri daripada beberapa
ayat tunggal yang dicantumkan ini dikenali sebagai ayat majmuk. Ayat majmuk
merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara yang tertentu sehingga
menjadikannya ayat yang baru. Sebagai contoh ayat majmuk yang terdapat dalam
Bahasa Melayu moden adalah seperti berikut:
A) Emak
sedang memasak dan kakak sedang
menjahit baju.
i.
Emak sedang
memasak.
ii.
Kakak sedang
menjahit baju.
Ayat
di atas merupakan ayat majmuk yang menggunakan dan sebagai kata hubung dan seterusnya menjadikan ayat tersebut
sebagai ayat majmuk gabungan. Namun berbeza pula dengan ayat majmuk yang
terdapat dalam Hikayat Seri Rama. Sebagaimana yang telah kita ketahui, ayat
majmuk yang terdapat dalam Bahasa Melayu Klasik lebih panjang, berjela-jela dan
turut mempunyai kata-kata yang tidak berfungsi dalam penulisan. Contohnya:
B)
Maka
Mahaloka dan Pujangga Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana. Setelah
demikian itu, maka ia pun berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.
i)
Maka Mahaloka
pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.
ii)
Maka Pujangga
Sura pun sujudlah kepada kaki Maharaja Rawana.
iii)
Mereka pun
berjalanlah menuju jalan rumah Seri Rama.
Dalam
ayat di atas, kata hubung dan digunakan
dalam membentuk ayat majmuk gabungan bagi melengkapkan ayat (i) dan ayat (ii).
Seterusnya terdapat juga penanda wacana setelah
demikian itu di pangkal ayat dan kata maka
turut melengkapkan ayat (iii).
(ii) Struktur Ayat.
Ayat merupakan unit pengucapan yang paling
tinggi dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lebih lengkap serta
mengandungi intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang
tidak terhad bilangannya. Namun demikian, daripada bilangan yang tidak terhad
itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu
golongan yang disebut ayat dasar dan ayat terbitan. Namun begitu, ayat yang
terdapat dalam Bahasa Melayu klasik lebih panjang, berulang-ulang dan terdiri
daripada ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata hubung
terutamanya “dan”, “atau” dan juga penggunaan tanda koma. Contoh yang terdapat
dalam Hikayat Seri Rama adalah seperti berikut:
Maka kata Laksamana, “Bahawa paduka
kekanda itu tiada dapat dibunuh oleh segala manusia dan segala binatang yang di
dalam hutan itu dan jikalau patik tinggalkan tuan puteri, kalau-kalau datang
sesal pada patik”
(iii) Penggunaan Ayat Songsang.
Susunan
biasa ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Namun,
dalam percakapan kita sehari-hari, sering terjadi susunan ayat yang berlawanan
dengan pola biasa ini, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang mengandungi
susunan predikat + subjek ini disebut sebagai ayat songsang. Sebagai contoh:
Susunan biasa: Perempuan itu + cantik.
Susunan songsang: Cantik + perempuan itu.
Dalam
Bahasa Melayu Klasik juga terdapat ayat songsang dengan predikat berada di
depan ayat kesan daripada pengaruh bahasa Arab. Contohnya:
C)
Setelah
Seri Rama sudah jauh daripada rumahnya, maka Maharaja Rawana pun tersembunyi di
dalam hutan.
(iv) Ragam Ayat Pasif.
Terdapat perbezaan dalam binaan ayat pelbagai
bahasa, iaitu melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang
sintaksis, kejadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam
ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Bagi bahasa-bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, hubungan antara
ayat aktif dengan ayat pasif umumnya, melibatkan perpindahan tempat frasa nama
yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.
Ayat
pasif pada asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi
kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Ragam ayat pasif dalam Bahasa Melayu Klasik lebih mengutamakan
objek di depan ayat. Contoh penggunaan ragam ayat pasif yang terdapat dalam
Hikayat Seri Rama adalah seperti berikut:
D)
Maka
seorang engkau jadikan dirimu kijang emas dan seorang engkau jadikan dirimu
kijang perak.
(v) Pola Ayat Dasar.
Oleh
sebab bahasa sentiasa digunakan oleh manusia, iaitu dipertuturkan sebagai alat
untuk berkomunikasi sudah tentulah bilangan ayat yang digunakan tidak terhingga
jumlahnya. Tetapi pada hakikatnya, walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu
memang tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dan kemajmukannya,
namun kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan pasti berasal
daripada satu ayat dasar, iaitu pola
yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam
sesuatu bahasa itu.
Namun
begitu, dalam Bahasa Melayu Klasik, pola ayat dasar yang digunakannya jauh
lebih mudah. Kebiasaannya, subjek yang digunakan adalah nama khas. Selain
daripada itu juga, pola ayat dasar yang terdapat dalam Bahasa Melayu klasik
sangat sukar untuk dikembangkan manakala pola-pola ayat dasar dalam bahasa
Melayu Moden lebih kompleks dan lebih tersusun. Contoh pola ayat dasar yang
terdapat dalam Hikayat Seri Rama adalah seperti berikut:
E) FN
+ FN = Dirimu kijang emas
FN + FK = Maharaja Rawana menyuruh.
FN + FA = Seri Rama sudah jauh.
FN + FS = Perjangga Sura naiklah ke atas.
FRASA DAN KLAUSA
(i) Frasa
Frasa merupakan satu unit atau binaan
yang terdiri daripada satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua atau
lebih perkataan. Menurut Nik Safiah Karim et.
al (2011: 435) menyatakan bahawa frasa merupakan unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau
satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih. Hal ini turut dinyatakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2012: 256), iaitu frasa suatu binaan yang mungkin terdiri
daripada susunan kata atau hanya satu kata yang berpotensi untuk diperluas
menjadi dua kata atau lebih.
Frasa terbahagi kepada
beberapa jenis, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi
nama. Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif merupakan frasa endosentrik,
iaitu frasa yang mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi
frasa tersebut (Ahmad Khair Mohd Nor et.
al, 2012:284). Frasa sendi nama pula merupakan frasa eksosentrik, iaitu
frasa yang tidak mempunyai unsur yang dapat menjadi inti atau penerang.
Dalam karya agung, kita
dapat melihat beberapa aspek yang berkaitan dengan frasa. Karya agung yang
menjadi kajian bagi aspek frasa merupakan Hikayat Inderaputera. Dalam penulisan
karya ini, kita dapati bahawa dari aspek penggunaan frasa nama terdapat
pelanggaran struktur binaan frasa nama. Hal ini demikian kerana menurut (Ahmad
Khair Mohd Nor et. al (2012) struktur
frasa nama adalah seperti berikut:
Bilangan
+ Penjodoh Bilangan + Gelaran + Kata Nama (Inti) + Kata Nama (Inti) + Penerang
+ Penentu
Walau bagaimanapun, dalam hikayat ini
kita dapat lihat bahawa struktur binaan frasa nama yang digunakan tidak
mengikut struktur tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam petikan tersebut.
“...Syahdan beberapa raja-raja takluk kepadanya memberi upeti pada genap tahun,
dan empat puluh raja-raja yang
memakai kulah yang keemasan dengan alat senjata hadir di bawah istana raja
itu.”
(Hikayat Inderaputera, 2007 :4)
Dalam petikan ini,
terdapat dua contoh frasa nama, iaitu beberapa
raja-raja takluk dan empat puluh
raja-raja. Sekiranya kedua-dua contoh frasa ini dianalisis, kita akan
mendapati bahawa kedua-duanya tidak mengikut struktur binaan frasa nama. Bagi
kedua-dua contoh ini kata bilangan beberapa
dan empat puluh hadir di hadapan kata
nama raja-raja. Jika kita lihat
kembali struktur binaan frasa nama yang diutarakan oleh Ahmad Khair Mohd Nor et.al (2012), selepas kata bilangan
perlu ada penjodoh bilangan. Namun, dalam contoh yang dipetik dalam teks
hikayat ini, tidak terdapat penjodoh bilangan selepas kata bilangan.
Dari aspek frasa kerja
pula, kita dapat melihat bahawa terdapat beberapa jenis frasa kerja yang
digunakan dalam penghasilan karya ini. Antaranya, frasa kerja tak transitif
berpelengkap. Pelengkap diperlukan dalam sesebuah ayat bagi melengkapkan makna
sesebuah ayat. Pelengkap boleh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, dan
frasa sendi nama (Ahmad Khair Mohd Nor et.
al, 2012:323).
“...Maka ada utusan itu membawa utas pandai dua orang, seorang
pandai emas dan seorang pandai kayu...”
(Hikayat Inderaputera, 2007 :6)
Dalam petikan ayat ini,
terdapat kata kerja membawa. Kata ini
menerima pelengkap utas pandai dua orang
bagi melengkapkan makna ayat tersebut. Sekiranya pelengkap tersebut digugurkan.
Ayat tersebut tidak dapat difahami kerana kata kerja membawa merupakan kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap.
Selain itu, terdapat
juga penggunaan frasa kerja tak transitif tidak berpelengkap dalam hikayat ini.
Hal ini dapat dilihat dalam petikan ayat tersebut.
“Maka kedua utas itu pun sujud menyembah kepada Maharaja Bikrama
Bispa dengan sukacitanya.”
(Hikayat inderaputera, 2007:7)
Berdasarkan petikan
ayat tersebut, selepas frasa kerja sujud
terdapat frasa kerja menyembah bertindak
sebagai keterangan. Frasa kerja menyembah
kepada Maharaja Bikrama Bispa dengan sukacitanya menerangkan maksud ayat
tersebut. Hal ini demikian kerana frasa kerja sujud merupakan frasa kerja tak transitif tidak berpelengkap. Oleh
itu, frasa kerja yang hadir selepas kata tersebut merupakan keterangan. Walau
bagaimanapun, dalam Nik Safiah Karim et.
al. (2011) dan Ahmad Khair Mohd Nor et.
al. (2012) tidak menyatakan bahawa keterangan boleh terdiri daripada frasa
kerja sebaliknya keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa nama, dan
frasa adjektif sahaja. Namun, dalam petikan ayat tersebut, frasa menyembah kepada Maharaja Bikrama Bispa
dengan sukacitanya merupakan frasa kerja.
(ii) Klausa
Klausa merupakan satu unit rangkaian
perkataan yang mengandungi subjek dan prediket. Nik Safiah Karim et. al (2011) dan Ahmad Khair Mohd Nor et. al (2012) menyatakan bahawa klausa
menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk menjadi sebuah ayat. Klausa
mempunyai dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tidak bebas.
Klausa bebas merupakan
klausa yang boleh berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diucapkan dengan intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et. al, 2011:433). Menurut Nik Safiah Karim et. al (2011), menyatakan bahawa klausa bebas bersifat sebagai ayat
yang sempurna dan boleh menjadi sebahagian ayat yang lebih luas. Ahmad Khair
Mohd Nor et. al (2012) pula
menyatakan bahawa klausa bebas sebagai klausa utama, ayat induk atau ayat
utama. Hal ini menyebabkan klausa tersebut dapat berdiri sendiri.
Klausa tidak bebas atau
dikenali juga sebagai klausa terikat merupakan klausa yang tidak dapat berdiri
sendiri. Klausa tidak bebas atau terikat tidak dapat menjadi sebuah ayat dan
memerlukan klausa lain untuk melengkapkannya. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor et. al. (2012) menyatakan bahawa klausa
tidak bebas memerlukan klausa bebas untuk membentuk sebuah ayat. Menurut Ahmad
Khair Mohd Nor et. al (2012), klausa
tidak bebas mempunyai beberapa fungsi. Antaranya adalah sebagai subjek, objek,
pelengkap, dan keterangan.
Dalam Hikayat
Inderaputera, terdapat beberapa klausa yang mendukung fungsi tersebut. Hal ini
dapat dilihat dalam petikan ayat tersebut.
“Maka diperbuat oleh pandai kayu
itu seekor ikan terlalu indah-indah rupanya seperti rupa ikan yang benar.”
(Hikayat Inderaputera, 2007:6)
Dalam petikan ayat
diatas, klausa seperti rupa ikan yang
benar merupakan klausa tidak bebas. Hal ini demikian kerana maksud klausa
tersebut tidak difahami sekiranya klausa sebelumnya digugurkan. Walau bagaimanpun,
dalam petikan ayat ini, klausa tersebut berfungsi sebagai keterangan. Hal ini
demikian kerana dalam klausa tersebut terdapat kata hubung keterangan
perbandingan, iaitu seperti.
Selain
itu, hal ini dapat dilihat dalam petikan ayat tersebut.
“...baik kamu carikan aku akan ubat
beranak karena sangat hasyratku hendak
beranak.”
(Hikayat
Inderaputera, 2007: 12)
Dalam ayat ini, klausa
tidak bebas berfungsi sebagai keterangan dalam ayat majmuk keterangan. Hal ini
dapat dilihat pada klausa karena sangat
hasyratku hendak beranak. Dalam ayat ini terdapat penggunaan kata hubung
keterangan sebab, iaitu karena. Oleh
itu, dapat disimpulkan bahawa klausa tidak bebas yang terkandung dalam ayat
tersebut berfungsi sebagai keterangan.
Selain itu, dari aspek
lain pula kita dapat melihat bahawa penggunaan klausa dalam hikayat ini
kebanyakannya tidak mengikut hukum yang dinyatakan dalam kamus tatabahasa
dewan. Hal ini dapat dilihat pada petikan berikut.
“...maka disuruhkan baginda kepada mualim
disuruh ajar mengaji.”
(Hikayat
Inderaputera, 2007: 5)
“ Maka diperbuat oleh pandai kayu itu seekor ikan terlalu indah-indah
rupanya seperti rupa ikan yang benar.”
(Hikayat Inderaputera, 2007: 6)
Berdasarkan kepada
kedua-dua petikan di atas, kita dapat lihat bahawa klausa tidak bebas berada di
hadapan. Bagi petikan ayat yang pertama, sukar bagi kita untuk mengenal pasti
apa yang dimaksudkan oleh penulis. Kita tidak pasti siapa yang disuruh oleh baginda
supaya belajar mengaji. Namun, apabila kita meletakkan kata Inderaputera di hadapan klausa tersebut,
barulah kita memahami makna ayat tersebut.
Bagi petikan yang kedua
pula, ayat tersebut merupakan ayat songsang. Oleh itu, klausa tak bebas dalam
ayat ini berada di hadapan. Klausa tidak bebas dalam ayat tersebut berfungsi
sebagai predikat bagi ayat tersebut.
Pengaruh Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu
Klasik
Bahasa melayu klasik mula digunakan
antara zaman abad ke-14 hingga ke abad ke-19 masihi. Zaman permulaannya dikesan
dengan penemuan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 H, bersamaan dengan
tahun 1303 Masihi. Banyak karya yang berbahasa Melayu bersifat falsafah dan agama setelah wujudnya
pengaruh Islam. Bermula dari situlah perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya
tentang agama dan pentadbiran begitu pesat berkembang dalam Bahasa Melayu.
Penggunaan kosa kata dalam bahasa melayu klasik bukan sahaja menerima pengaruh
daripada Bahasa Arab sahaja malahan terdapat pengaruh daripada Bahasa Sanskrit,
Parsi Dan Jawa. Melalui pembacaan, Hikayat Hang Tuah banyak dipengaruhi oleh tiga jenis pengaruh
bahasa asing yang utama, iaitu pengaruh Hindu, Islam dan Panji Jawa.
Bismi’llahi’rrahmani’rrahim:
wabihi nasta ‘inu bi’llahi’l-a’la. Ini Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan
pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Sekali
persetua ada seorang raja keinderaan. Raja itu terlalu besar kerajaannya; pada
segala raja-raja indera seorang pun tiada menyamai dia sekalian menurut titahnya. Shahadan dan apabila baginda itu
keluar diadap oleh segala raja dan menteri-menteri dan santeri, maka berapa
pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan berapa pula
bentara memikul pedang berikatkan permata bertahtakan ratna mutu ma’nikam…
(Hikayat Hang Tuah:34)
Daripada petikan pendek
di atas ditemui perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu
setiawan, indera, raja, menteri, bentara, ratna; daripada bahasa Tamil, iaitu
santeri; daripada bahasa Jawa, iaitu tatah; dan daripada bahasa Arab, iaitu
shahadan. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa bahasa-bahasa tersebut telah
sebati dengan pencerita atau penulis Hikayat Hang Tuah ini.
Kosa kata
klasik
|
asal
|
terjemahan ke
dalam bahasa melayu moden
|
Avia
Adika
amum
anak bingkis
arkian
andalan
bajuzirah
berpelik
bersuaka
bertandak
|
Arab
Kawi
Siam
Sanskrit
|
putih
tuanku
pangkat bagi
golongan bangsawan
barang
pemberian
sesudah itu
cagaran
baju besi
bersubang
kecil
|
Jadual
1: Penggunaan Kosa Kata Asing dalam Hikayat Hang Tuah
a) Pengaruh
Bahasa Arab
Bahasa
Melayu klasik dilihat banyak menerima fonem-fonem dari bahasa Arab seperti penggunaan fonem ‘kh’, ’z’ dan ’sy’.
Fonem-fonem ini dapat dilihat digunakan secara meluas terutama dalam
penghasilan karya sastera yang bercorak keagamaan, cerita-cerita rakyat dan
lain-lain. Hikayat Hang Tuah merupakan antara hikayat yang menggunakan fonem Arab
adalah seperti akhirat, syarat, dan zaman. Pinjaman dari perkataan Arab
umpamanya adalah berpunca dari kurangnya perkataan melayu dalam menterjemahkan
sesuatu perkara. Namun begitu, penggunaan kata-kata dan gaya bahasa Arab
didapati kurang sekali kecuali pada
bahagian-bahagian tertentu. Dalam hikayat Hang Tuah dapat dilihat pengaruh
Islam dengan begitu jelas sekali. Terdapat perkataan-perkataan Arab yang selalu
digunakan sebagai mukadimah dalam karya-karya bahasa Melayu Klasik. Antaranya
‘bismillahirrahmanirrahim’ dan “wabininastainubihi” yang merupakan pembuka kata
yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan Allah yang sememangnya dituntut
dalam agama Islam, (Norirdina Hashim:2012).
Kedatangan Islam
telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap masyarakat Melayu. Perubahan
bukan sahaja dari aspek tauhid dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat
Melayu. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab telah menerapkan sistem
tulisan Arab dalam tulisan jawi. Hal ini bertujuan memudahkan bacaan. Tanda
baris atas dan bawah tulisan Arab tersebut dimansuhkan.
b) Bahasa
Sanskrit
Gelaran “laksamana” yang dianugerahkan
kepada Hang Tuah dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud
tanda atau markah keutamaan. Di dalam Hikayat Hang Tuah juga ada menceritakan
watak yang diberi nama Sang Perta Dewa. Beliau telah memberikan nama “Bukit
Siguntang Mahabiru” kepada sebuah bukit yang subur dengan tumbuh-tumbuhan.
Perkataan “mahabiru” dalam konteks ini adalah sama dengan perkataan “mahaviru”
yang bermaksud bukit suci mengikut kepercayaan tradisi Hindu. Bukit Mahaviru
ini merupakan kediaman dewa-dewa Visnu dan Shira.
c) Bahasa
Jawa
Perkataan
seperti Kyai, aji, ubun-ubun, manira, fakanira dan kula jelas menunjukkan
pengaruh Jawa yang begitu meluas di dalam Hikayat Hang Tuah ini. Pengaruh panji
Jawa begitu ketara sekali dapat dilihat pada nama kerabat diraja dan golongan
bangsawan Melaka dan Terengganu yang menggunakan gelaran jawa, contohnya
berdasarkan nama-nama yang diberikan kepada kedua-kedua puteri baginda raja Melaka,
iaitu Raden Bahar dan Raden Baju. ‘Raden’ merupakan gelaran diraja yang sering
digunakan kepada putera raja Jawa yang sama maknanya seperti gelaran tengku,
engku dan raja yang digunakan dalam masyarakat yang menggunakan Bahasa Melayu
moden. Selain gelaran diraja, panggilan Kyai yang diberikan kepada alim ulama
juga merupakan bukti pengaruh bahasa Jawa terdapat dalam Hikayat Hang Tuah.
No comments:
Post a Comment