1. Larangan Mengenai Pakaian, Bentuk Rumah dan Sejata
"Syahdan, bagindalah yang pertama-pertama
meletakkan kekuningan larangan, tiada
dapat dipakai orang keluaran dan diambil
akan sapu tangan dan tiada dapat dibuat
tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam dan bungkus
barang apa-apa dan akan karang karangan
benda dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah dan
lain daripada kain baju dan destar, taiga perkara ini
juga dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah
berpenghadapan dan tidak dapat orang memakai
penduk dan terterapan keris, sebesar-besar orang
keluaran tiada dapat bergelang kaki emas dan jikalau
kerkeroncongan emas berkepala perak tiada boleh.
Bermula segala orang yang beremas, bagaimana
sekalipun kayanya jikalau tiada dianugerahkan
raja tiada boleh dipakai. Apabila sudah dianugerahi
barang sekalipun, dapatlah dipakai selama-lamanya.
Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada
kain berpancung dan berkeris di hadapan dan
bersepai, tiada dapat masuk, barangsiapa pun baik
dan apabila keris di belakang masuk ke dalam
dirampas oleh penunggu pintu
Maka inilah dahulukala larangan Raja Melayu,
barangsiapa melalui dia salah di bawah duli
hukumnya didenda pati, yakni sekati pati.
Bermula payung putih lebih daripada yang kuning
kerana payung putih itu nampak dari jauh,
sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning
dan pakaian raja payung putih dan pakaian anak raja payung kuning"
2. Istiadat di Balairung Istana
"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung,
maka Bendahara dan Penghulu Bendahara dan
Temenggong dan segala menteri dan orang besar-besar
segala sida-sida duduk di seri balai. Maka segala anak raja-raja
itu di kelek-kelekkan balai kiri kanan
dan segala sida-sida yang muda-muda duduk di selang-selang
antara bentara dan hulubalang muda-muda berdiri di
ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara
yang di kanan itu daripada anak cucu hulubalang
yang patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja
dan sekalian hulubalang duduk di selasar balai
dan barangsiapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja
dan barangsiapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana dan
barangsiapa bergelar Tun Pikarama bakal Bendahara"
No comments:
Post a Comment