Tujuan Sejarah Melayu yang disusun semula adalah untuk memperbesarkan kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka yang tewas ditakluki Portugis. Pelbagai unsur-unsur bukan sejarah dimasukkan sebagai dakyah untuk menguatkan pencapaian terhadap tujuan tersebut. Sejarah Melayu mempunyai empat sifat, iaitu sejarah, saintifik, humanistik dan rasional. Kandungannya mempunyai perbuatan-perbuatan manusia yang silam, kerana sejarah dapat ditafsirkan sebagai segala yang kita ketahui dari hal tiap-tiap sesuatu yang dibuat, difikir, diharap ataupun dirasai oleh manusia.
Tentu sekali Sejarah Melayu banyak menyentuh aktiviti-aktiviti manusia, walaupun ada cerita-cerita dongeng. Bahagian awal kitab Sejarah Melayu menceritakan zaman awal sesebuah kerajaa iaitu meliputi asa-usul keturunan raja-raja, kisah pembukaan negara kota dan kisah kemasukan Islam ke sesebuah negara. Sejarah Melayu dihasilkan untuk kepentingan golongan istana. Mengagungkan martabatnya dan mempertahankan kedaulatannya. Raja sering dikaitkan dengan keturunan istimewa daripada Maharaja China. Sejarah Melayu juga mengandungi unsur pengajaran, diduktif, moral dan teladan.
Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu feudal. Meski unsur sejarah dan mitos bergabung, tetapi itulah sebenarnya budaya Melayu yang senantiasa mencampurkan antara realiti dengan unrealiti. Sejarah Melayu mengandungi:
Peristiwa sebenar
Mengikut kronologi zaman
Tokoh atau manusia yang benar
Latar tempat yang betul
Namun ia bersatu dengan mitos,
lagenda, tiada pentarikhan,
ada unsur-unsur penambahan
dan pengarang mempunyai motif dan komitmen.
No comments:
Post a Comment