Pengenalan
Definisi Falsafah
Falsafah didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap
sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain (Kamus Dewan
edisi keempat, 2010: 406). Perkataan ‘falsafah’ berasal daripada bahasa
Yunani philosophia, iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya hikmat (Mohd
Rashid Md Idris, 2012: 1).
Kepentingan Falsafah
Falsafah mempunyai kepentingan yang tersendiri. Antaranya ialah seperti di bawah:
Menjadi Panduan dan Landasan dalam Membuat Keputusan
Dalam membuat sesuatu keputusan, seseorang itu perlulah mempunyai pendirian berdasarkan falsafah yang dipegang tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Keputusan yang dibuat juga harus memenuhi keperluan falsafah seseorang.
Mempunyai Kefahaman yang Mendalam dan Sistematik
Falsafah membantu seseorang memahami apa yang sedang berlaku dalam pelajaran. Seseorang yang ingin menceburi sesuatu bidang perlu menguasai bidang yang ingin diceburinya sedalam-dalamnya bagi membolehkan mereka berfikir secara mendalam dan sistematik tentang isu-isu intelek, asas pendidikan, dan kehidupan manusia.
Stabil dan Bersifat Tetap
Falsafah adalah sebagai panduan buat seseorang. Seorang guru misalnya harus bersifat tekal terhadap apa-apa yang berlaku dalam atau di luar bilik darjah. Jika guru kerap kali menukar dan mengubah isi pelajaran, keadaan ini mungkin akan mengelirukan para pelajar.
Idealisme
Idealisme adalah sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal, sifat (sikap, cita-cita dan sebagainya) menghasratkan yang unggul (yang sempurna) (Kamus Dewan edisi keempat, 2010: 558). Idealisme adalah aliran yang menilai tinggi angan-angan (idea) dan cita-cita (ideal) sebagai hasil perasaan daripada dunia nyata. Aliran ini pada awalnya dikemukakan oleh Socrates (469-399 SM) yang dilanjutkan oleh muridnya yang bernama Plato (427-347 SM.). Idealisme mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan idealisme ialah idealisme berteraskan kesedaran intelek dan sistem berfikir secara rasional dan logik untuk mengenal pasti sesuatu kebenaran. Logik adalah alat untuk menentukan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan pada satu-satu situasi. Falsafah ini lebih bersifat statik, stabil, dan sukar berubah. Walaupun begitu, idealisme tetap mempunyai kelemahan. Keadaan ini disebabkan oleh, anggapan terhadap sesuatu nilai atau kebenaran yang kekal sepanjang masa masih tidak mendapat persetujuan serentak daripada manusia tentang beberapa perkara. Logik adalah kunci asas idealisme tetapi tidak semuanya boleh digunakan kerana terdapat perubahan dari semasa ke semasa.
IDEALISME BERSUMBERKAN ALAM
Idealisme terbahagi kepada beberapa aliran iaitu romantisme, simbolisme, ekspresionisme, mistisme, dan surealisme. Namun, yang menyentuh mengenai sumber alam hanyalah aliran idealisme bagi simbolisme iaitu aliran kesusasteraan yang menyajikan tokoh-tokoh bukan manusia tetapi binatang dan tumbuh-tumbuhan yang disimbolkan sebagai perilaku manusia. Binatang-binatang atau tumbuh-tumbuhan diperlakukan sebagai manusia yang dapat bertindak, berbicara, berkomunikasi, berfikir, berpendapat sebagaimana halnya manusia. Kehadiran karya sastera yang beraliran simbolisme ini biasanya ditentukan oleh situasi yang tidak mendukung pencerita atau pengarang yang berbicara. Pada masyarakat lama, misalnya di mana kebebasan berbicara dibatasi oleh aturan etika moral yang mengikat kebersamaan dalam kelompok masyarakat, pandangan dan pendapat mereka disalurkan melalui bentuk-bentuk peribahasa atau sindiran.
Jika kita melihat, mengkaji, dan menghayati karya-karya yang dihasilkan oleh nenek moyang kita suatu ketika dahulu, kita pasti akan menemui banyak perumpaan-perumpaan yang dihasilkan pasti menggunakan sumber-sumber alam. Misalnya, perumpaan, pantun, simpulan bahasa, dan sebagainya. Mereka menggunakan sumber-sumber semulajadi ini kerana perkara tersebut sangat dekat dengan mereka. Pantun misalnya banyak digunakan untuk memberi nasihat, pengajaran, dan sindiran kepada masyarakat dalam kehidupan seharian. Kita boleh melihat bagaimana pengarang-pengarang Melayu pada zaman dahulu menggunakan sumber-sumber alam ini untuk menyampaikan sesuatu. Keadaan ini cukup jelas dilihat dalam himpunan pantun-pantun Melayu yang terdapat dalam ‘Bingkisan Permata’.
FALSAFAH BERSUMBERKAN ISLAM
Khazanah persuratan Melayu kaya dengan karya ilmu dalam pelbagai bidang. Dalam zaman klasik, ilmu yang paling menonjol ialah ilmu agama Islam. Hal ini dapat difahami kerana apabila permulaan Islam diperkenalkan kepada umat Melayu, diperlukan pengembangan ajaran Islam dalam segala sudut yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat bangsa Melayu, selaras dengan kesepaduan yang ditekankan oleh Islam, iaitu hubungan dengan Tuhan (hablum min Allah) dan hubungan dengan sesama manusia dan bahkan makhluk lain (hablum min al-nas). Oleh itu, terhasillah beberapa banyak karya persuratan dalam bidang ilmu keagamaan.
Secara kasar, ilmu keagamaan yang dikembangkan dalam penulisan para ulama’ terbahagi kepada:
1. Ilmu kalam atau tauhid atau akidah.
2. Ilmu feqah atau ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji.
3. Ilmu kekeluargaan (munakahat).
4. Ilmu hubungan ekonomi dan sosial (muamalat).
5. Ilmu undang-undang dan pengadilan (jinayat).
6. Ilmu tasawuf atau akhlak.
Ilmu lain yang turut digarap ialah sirah atau sejarah, qiraat atau pembacaan al-Quran dan hadith.
Sebagai contoh penerapan falsafah dan logika Melayu yang berteraskan Islam, dalam bab ini dibincangkan sebuah karya ilmu agama Islam yang mewakili karya persuratan ilmu dalam tamadun Melayu. Karya itu ialah Al-`Aqaid al-Nasafi, iaitu terjemahan kitab yang menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Atta ditulis oleh seorang ulama’ di Aceh Darussalam ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah IV (1589-1604M.).
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengkaji kitab tersebut menegaskan bahawa karya itu merupakan manuskrip tertua yang terhasil dalam tamadun Melayu. Kitab itu bertarikh 1590 dan lebih tua daripada manuskrip lain yang tidak bersifat karya keagamaan, seperti Hikayat Seri Rama (1633). Beliau menyusun teks tersebut kepada 23 perenggan.
Prof. Dr. Wan Muhammad Nor Wan Daud (2005) meringkaskan kandungan karya yang dikupas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib itu sebagai yang berikut:
Perenggan 2-4 membicarakan kemungkinan atau keupayaan manusia mencapai ilmu tentang hakikat segala perkara dan penolakan akan golongan peragu dan penisbi (golongan Sufastai`yyah/Sofis). Salah satu asas epistemoloi (teori ilmu) Islam yang penting, iaitu sumber ilmu yang bersepadu turut dibincangkan. Sumber ilmu menurut perspektif Islam bersepadu antara sumber pancaindera, akal dan khabar yang benar turut dibincangkan.
Perenggan 5 menghuraikan sifat segala alam makhluk yang senantiasa baharu, berlawanan dengan sifat Tuhan yang tidak baharu. Perenggan 6-9 membicarakan keesaan Tuhan dan sifat-sifat-Nya, iaitu aspek yang menjadi teras pandangan sarwa atau pandangan hidup bangsa Melayu Islam.
Perenggan 10 membicarakan kemungkinan “melihat Tuhan” di akhirat kelak, dengan paduan antara hujah naqal (nas al-Qur`an dan hadith) dengan hujah akal. Perenggan 11-12 membicarakan peranan Tuhan yang maha meliputi segala tindak-tanduk manusia dan juga kebebasan manusia untuk berikhtiar.
Perenggan 13 menghuraikan eskatalogi, iaitu hakikat alam kubur, balasan di akhirat, syurga dan neraka. Selanjutnya perenggan 14 menghuraikan rahmat Tuhan yang sedia mengampuni makhluknya asalkan mereka tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Perenggan 15 menegaskan hakikat iman, Islam dan kebahagiaan. Ditekankan pentingnya kesepaduan antara iman dengan Islam. Perenggan 16 pula menghuraikan aspek kenabian dan mukjizat serta peranan para nabi. Seterusnya, perenggan 17 menghuraikan perihal malaikat, sementara perenggan 18 menghuraikan peristiwa Isra` dan Mikraj serta karamah dalam kalangan para wali Allah.
Perenggan 19 membicarakan para sahabat Nabi dan khilafat atau pemerintah. Sementara itu, perenggan 20 menjelaskan keharusan solat di belakang orang yang salih dan fasiq, kewajiban bersangka baik kepada sahabat Nabi dan perihal sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin masuk ke syurga.
Perenggan 21 menegaskan maqam para wali yang tidak sampai ke peringkat nabi, penolakan ajaran batiniah dan perkara yang mengkufurkan seseorang seperti mempersendakan syariat. Perenggan 22 pula menghuraikan tanda-tanda kiamat. Akhirnya, perenggan 23 menegaskan keterbukaan dalam bermazhab dengan penekanan bahawa imam mujtahid (Syafii, Hanafi, Malik dan Hanbal) berkemungkinan silap dalam hal tertentu. Dalam perenggan akhir ini ditegaskan juga bahawa taraf manusia yang mukmin lebih tinggi daripada taraf malaikat.
Secara kasar, ilmu keagamaan yang dikembangkan dalam penulisan para ulama’ terbahagi kepada:
1. Ilmu kalam atau tauhid atau akidah.
2. Ilmu feqah atau ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji.
3. Ilmu kekeluargaan (munakahat).
4. Ilmu hubungan ekonomi dan sosial (muamalat).
5. Ilmu undang-undang dan pengadilan (jinayat).
6. Ilmu tasawuf atau akhlak.
Ilmu lain yang turut digarap ialah sirah atau sejarah, qiraat atau pembacaan al-Quran dan hadith.
Sebagai contoh penerapan falsafah dan logika Melayu yang berteraskan Islam, dalam bab ini dibincangkan sebuah karya ilmu agama Islam yang mewakili karya persuratan ilmu dalam tamadun Melayu. Karya itu ialah Al-`Aqaid al-Nasafi, iaitu terjemahan kitab yang menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Atta ditulis oleh seorang ulama’ di Aceh Darussalam ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah IV (1589-1604M.).
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang mengkaji kitab tersebut menegaskan bahawa karya itu merupakan manuskrip tertua yang terhasil dalam tamadun Melayu. Kitab itu bertarikh 1590 dan lebih tua daripada manuskrip lain yang tidak bersifat karya keagamaan, seperti Hikayat Seri Rama (1633). Beliau menyusun teks tersebut kepada 23 perenggan.
Prof. Dr. Wan Muhammad Nor Wan Daud (2005) meringkaskan kandungan karya yang dikupas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib itu sebagai yang berikut:
Perenggan 2-4 membicarakan kemungkinan atau keupayaan manusia mencapai ilmu tentang hakikat segala perkara dan penolakan akan golongan peragu dan penisbi (golongan Sufastai`yyah/Sofis). Salah satu asas epistemoloi (teori ilmu) Islam yang penting, iaitu sumber ilmu yang bersepadu turut dibincangkan. Sumber ilmu menurut perspektif Islam bersepadu antara sumber pancaindera, akal dan khabar yang benar turut dibincangkan.
Perenggan 5 menghuraikan sifat segala alam makhluk yang senantiasa baharu, berlawanan dengan sifat Tuhan yang tidak baharu. Perenggan 6-9 membicarakan keesaan Tuhan dan sifat-sifat-Nya, iaitu aspek yang menjadi teras pandangan sarwa atau pandangan hidup bangsa Melayu Islam.
Perenggan 10 membicarakan kemungkinan “melihat Tuhan” di akhirat kelak, dengan paduan antara hujah naqal (nas al-Qur`an dan hadith) dengan hujah akal. Perenggan 11-12 membicarakan peranan Tuhan yang maha meliputi segala tindak-tanduk manusia dan juga kebebasan manusia untuk berikhtiar.
Perenggan 13 menghuraikan eskatalogi, iaitu hakikat alam kubur, balasan di akhirat, syurga dan neraka. Selanjutnya perenggan 14 menghuraikan rahmat Tuhan yang sedia mengampuni makhluknya asalkan mereka tidak menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Perenggan 15 menegaskan hakikat iman, Islam dan kebahagiaan. Ditekankan pentingnya kesepaduan antara iman dengan Islam. Perenggan 16 pula menghuraikan aspek kenabian dan mukjizat serta peranan para nabi. Seterusnya, perenggan 17 menghuraikan perihal malaikat, sementara perenggan 18 menghuraikan peristiwa Isra` dan Mikraj serta karamah dalam kalangan para wali Allah.
Perenggan 19 membicarakan para sahabat Nabi dan khilafat atau pemerintah. Sementara itu, perenggan 20 menjelaskan keharusan solat di belakang orang yang salih dan fasiq, kewajiban bersangka baik kepada sahabat Nabi dan perihal sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin masuk ke syurga.
Perenggan 21 menegaskan maqam para wali yang tidak sampai ke peringkat nabi, penolakan ajaran batiniah dan perkara yang mengkufurkan seseorang seperti mempersendakan syariat. Perenggan 22 pula menghuraikan tanda-tanda kiamat. Akhirnya, perenggan 23 menegaskan keterbukaan dalam bermazhab dengan penekanan bahawa imam mujtahid (Syafii, Hanafi, Malik dan Hanbal) berkemungkinan silap dalam hal tertentu. Dalam perenggan akhir ini ditegaskan juga bahawa taraf manusia yang mukmin lebih tinggi daripada taraf malaikat.
UNSUR-UNSUR ISLAM DALAM SULALATUS-SALATIN
Dalam hikayat Sulalatus Salatin terdapat banyak unsur-unsur yang dimasukkan oleh pengarang. Hal inilah termasuklah gaya penulisan yang digunakan, kedatangan Islam, iaitu di Samudera dan Melaka, penonjolan tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam, adat istiadat dan perundangan, karya-karya kesusasteraan Islam dancorak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Penjelasan lanjut mengenai unsur-unsur Islam dalam Sulalatus Salatin dijelaskan di bawah.
Teknik Penulisan
Antara unsur Islam yang terdapat dalam Sulalatus-Salatin ialah teknik penulisannya. Mukadimah Sulalatus Salatin dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim. Dalam mukadimah ini disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Struktur penulisan seperti ini adalah teknik yang biasa dalam karya-karya Arab-Parsi. Pada tiap-tiap akhir cerita, pengarang menutupnya dengan ayat “Wa’llahu a’lamu bi’s-sawab, wa illaihi’Imarji’u wa’ I-ma’ab.
Selain itu, kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat, antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan lain-lain. Jelaslah, gaya penulisan dalam hikayat ini banyak mengandungi unsur-unsur Islam seperti yang telah ditunjukkan di atas.
Kedatangan Islam
Dalam Sulalatus Salatin ada menceritakan mengenai kedatangan Islam di Samudera dan Melaka. Hal ini memperlihat unsur-unsur Islam dalam Sulalatus Salatin.
Kedatangan Islam di Samudera
Negeri Samudera telah disebut-sebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam (S.A.W) kepada sahabat-sahabat baginda kerana akan lahir ramai wali dalam negeri tersebut.
Kedatangan Islam di Melaka
Peristiwa kedatangan Islam di Melaka digambarkan oleh pengarang melalui peristiwa Raja Tengah telah diislamkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui mimpi. Dalam mimpi tersebut dikatakan bahawa Raja Tengah telah diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam.
Penonjolan Tokoh-tokoh dan Ulama-ulama Islam
Antara tokoh Islam yang ditonjolkan dalam Sulalatus Salatin ialah Iskandar Zulkarnian yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain dilukis melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi lalu baginda mengislamkan pemerintah dan rakyat di negeri tersebut.
Adat Istiadat dan Perundangan
Peraturan dan protokal sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis penghadapan di Balairung Seri, dalam acara nobat dan menjunjung duli dan semasa menyambut kedatangan utusan dari Negara luar dan semasa raja mahu berangkat ke mana-mana. Hal ini termasuklah ketika raja mahu ke masjid pada hari Jumaat, pada bulan Ramadan untuk bertarawih di masjid dan juga sembahyang hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan mengagungkan raja berkenaan. Dalam Sulalatus Salatin juga ada digarapkan unsur-unsur Islam dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka.
Karya-karya Kesusasteraan Islam
Unsur Islam dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka, contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Feringgi.
Corak Pendidikan dan Perkembangan Ilmu Keislaman
FALSAFAH BERSUMBERKAN MELAYU
Manusia dan alam merupakan dua unsur yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Alam memperlihatkan nilai saintifiknya yang tersendiri yang dapat menjadi cerminan dan panduan dalam kehidupan manusia. Kebanyakan falsafah berperanan mengungkap nilai pemikiran dan kebudayaan sesebuah bangsa dan tamadun . Dalam tamadun Barat, Ralph Waldo Emerson yang terkenal dengan nilai kecintaan tinggi terhadap alam memperlihatkan kepentingan unsur alam dalam menambah ilmu pengetahuan manusia. Sebagai contoh, teromba yang telah lahir sejak zaman dahulu telah pun membicarakan pelbagai persoalan yang berkait rapat dengan orang Melayu. Keadaan ini dapat dilihat seperti dalam contoh teromba di bawah:
Hendak seribu daya
Tak hendak seribu bicara
Biar berputih tulang
Jangan berputih mata
Bulat tak datang menggolek
Pipih tak datang melayang
Kalau tak pecahkan ruyung
Di manakah dapat sagunya
(Kia Wahab, Kampung Peraku, Negeri Sembilan)
Berdasarkan contoh di atas, kita dapat melihat bagaimana sebuah teromba yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu itu cuba menegur masyarakat tentang sikap malas yang perlu dikikis kerana tidak menghasilkan sebarang keuntungan. Sebaliknya, seseorang itu perlu rajin dan bijak dalam memikirkan cara yang sesuai untuk mencari rezeki. Sesungguhnya rezeki tidak akan datang dengan sendirinya jika tidak dicari.
Keutuhan falsafah Melayu yang tersembunyi dalam teromba tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Lapisan makna yang terdapat dalam sesebuah teromba merupakan satu pandangan terhadap masa kemudian. Teromba yang dihasilkan menggunakan kiasan dan perbandingan terhadap alam dalam meyampaikan fikirannya. Atas dasar keupayaan akal manusia untuk berfikir lanjut, teromba berselindung di sebalik bahasa-bahasa figuratif yang menjelma secara semulajadi melalui fikiran mengarang untuk dihayati dan direnung oleh setiap inci masyarakat. Sekiranya masyarakat menghayati dan memanfaatkan idea dan falsafah yang terdapat dalam teromba, maka satu kehidupan masyarakat yang saling mengamalkan nilai-nilai murni mampu untuk direalisasikan.
Sekata tak berdalih
Janji dibuat dimuliakan
Buruk jangan dicari
Musuh sama dihadang
Berlunak sama berlumpur
Bak kerbau sekandang
Tanduk sama diasah
Bak burung sesangkar
Mengepai sekirai
Bak ayam sereban
Kecil besar sama sedayung
Sakit sayu semua berduka
Bak labu nan menjalar
Pucuk sama digetus
Wakaf sama dipetik
Ada sama mendapat
Cicir sama dicari
Untung laba sama dirasa
Berdasarkan contoh teromba di atas, kita dapat melihat bagaimana teromba yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu cuba menzahirkan semangat perpaduan, keselesaan, dan jalinan kasih sayang antara masyarakat. Sama seperti puisi-puisi Melayu yang lain seperti pantun dan syair, kesemuanya cuba memperlihatkan falsafah Melayu yang tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkan.
FALSAFAH BAHASA
Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum bahasa seperti makna, rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan, dan keperluan logis. Falsafah bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu falsafah mengenai bahasa dan falsafah berdasarkan bahasa. Dalam hubungannya dengan situasi pertama, lazimnya ahli falsafah mempunyai satu sistem yang dipakai untuk mendekati bahasa sebagai satu objek khusus. Objek daripada pengertian falsafah bahasa sebagai “falsafah mengenai bahasa”. Falsafah dalam situasi kedua mengandung pengertian bahawa ahli falsafah itu berfalsafah dan memberi satu sumber yang dapat dijadikan titik tolak dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Sejarah Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa turut dikenali sebagai falsafah analitis. Kemunculannya di tengah-tengah kancah falsafah mempunyai kaitan erat dengan aliran-aliran falsafah sebelumnya. Antaranya empirisme, rasionalisme, positifisme, idealisme, dan sebagainya. Setiap aliran falsafah ini mempunyai ciri khas yang membolehkan kita untuk membezakan di antara satu sama lain. Falsafah analitis didukung oleh beberapa tokoh falsafah termasyhur sejak dahulu lagi seperti Socrates, Aristotle, Descartes, David Hume, Immanuel Kant, dan G.E Moore. Keadaan ini menunjukkan bahawa falsafah ini telah muncul pada abad ke-20 lagi. Namun, pembicaraan tentang konsep utama daripada ahli-ahli falsafah analitis hanya menampilkan beberapa tokoh penting seperti Bertrand Russel, Ludwig Wittgenstein, Alfred Jules Ayer, Gilbert Ryle, dan John Langshaw Austin. Terdapat perbezaan pokok antara ahli ahli falsafah analitis itu sendiri iaitu berkaitan dengan keupayaan ahli-ahli falsafah analitis untuk menentukan prinsip-prinsip yang jelas dan kukuh bagi penerapan meteodologi falsafah ini. Ketiga-tiga gerakan ini dikenali sebagai atomisme logik, positifme logik, dan falsafah bahasa. Rajah di bawah menunjukkan carta alir bagi sejarah falsafah analitis.
Model Falsafah Bahasa
Model Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). Model ini dapat dilihat seperti dalam rajah di bawah:
Berdasarkan rajah di atas, kita dapat melihat terdapat tiga pecahan utama iaitu bulatan, anak panah, dan garisan putus-putus. Bentuk bulatan menggambarkan perlunya kita berbahasa secara sempurna mengikut nahu, makna, dan tujuan. Ketiga-tiga aspek ini adalah selaras prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu berbahasa mengikut nahu yang betul, berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa untuk tujuan ibadah. Segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang mudah untuk difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah.
Rajah anak panah dua hala menggambarkan hubungan langsung (tersurat) antara antara penutur dengan pendengar. Dalam konteks ini, akan berlakunya satu keadaan saling menghantar maklumat dan maklum balas supaya kegiatan berbahasa itu aktif dan memenuhi keperluan bersama. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang kedua iaitu berbahasa untuk menyampaikan maklumat. Lumrahnya, seorang manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk berhubung bagi mendapatkan maklumat. Pelbagai cara manusia berkomunikasi. Ada yang secara verbal dan ada yang secara non-verbal. Pada zaman yang serba moden ini, pelbagai teknologi canggih dapat digunakan untuk berkomunikasi walaupun berada dalam satu jarak yang jauh. Berbeza dengan komunikasi pasa zaman dahulu, pengaranglah yang banyak berperanan dalam menyampaikan satu-satu maklumat. Contohnya, Tuhfat al-Nafis dihasilkan bagi menceritakan mengenai raja-raja Melayu serta Bugis daripada anak cucu raja Melayu keturunan daripada Marhum Abdul Jalil yang mangkat di Kuala Pahang serta Marhum Raja Kecik negeri Siak adalah ditulis bagi generasi akan datang supaya mereka dapat menyedari latar belakang mereka dan memahami asal-usul keadaan yang ada pada zaman tersebut. jika kita lihat, di sini juga telah wujud komunikasi antara pengarang zaman dahulu dengan generasi sekarang bagi menyampaikan satu maklumat yang sahih tentang asal-usul keturunan mereka.
Garisan putus-putus dalam rajah menerangkan wujudnya hubungan secara abstrak (tersirat) antara manusia dengan Allah selaku Pencipta. Dalam hubungan ini, Allah telah menganugerahkan banyak perkara kepada makhluk-Nya. Keadaan ini termasuklah kejadian asal diri manusia itu sendiri. Dalam konteks ini, Allah turut menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dalam menentukan sama ada mereka memilih untuk menjadi manusia yang baik ataupun sebaliknya. Alat-alat pertuturan yang diberikan kepada manusia merupakan satu pinjaman yang amat berharga untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manusia berkomunikasi bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan Yang Maha Pencipta iaitu melalui amalan ibadah yang dilakukan. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan berbahasa yang ketiga iaitu berbahasa untuk beribadah atau mentauhidkan Allah. Dalam Tuhfat al-Nafis, pengarang turut menyampaikan banyak perihal tentang keagamaan bagi memperlihatkan tentang kepentingan beragama walaupun daripada golongan atasan dan pemerintah.
Secara keseluruhannya, Model Falsafah Bahasa cuba mengetengahkan satu situasi yang lebih jelas tentang keperluan berkomunikasi sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Ketiga-tiga prinsip kesempurnaan berbahasa yang dihimpunkan dalam model ini sememangnya banyak menyedarkan kita akan kepentingan berbahasa dalam kehidupan sehari-harian. Manusia yang tidak gemar bercampur dengan masyarakat lain dianggap rugi kerana mereka akan ketandusan maklumat. Model ini sangat penting diaplikasikan pada zaman moden ini memandangkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dengan gajet-gajet terkini sehingga mengabaikan perintah agama.
Semua bahasa yang terdapat di dunia mempunyai nahu atau tatabahasa yang tersendiri, terutamanya bahasa Melayu. Nahu atau tatabahasa merujuk kepada sistem atau susunan sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Penggunaan nahu yang sempurna bermaksud penggunaan kata atau perkataan dan ayat yang betul dalam proses berbahasa.
Nyanyian dalam karya sulalatus salatin memperlihatkan penggunaan bahasa yang sangat halus untuk menggambar sesuatu perkaran. Perkara ini dapat dilihat melalui nyanyian Kapitan Melaka.
Dihela-hela diretak sehasta
Kandis dipenggalkan
Alangkah gila Raja Kecil
Menggusta manis ditinggalkan
Melihat buah hartal masuk.
(Muhammad Haji Salleh, 1997: 217)
Nilai berbudi dan berbahasa dianggap sebagai suatu nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadiannya. Dalam karya Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh menunjukkan ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan syair.
No comments:
Post a Comment