Tuesday, 28 May 2013

Bahasa Kiasan

Dalam Sulalatus Salatin, terdapat penggunaan gaya bahasa kiasan iaitu penggunaan gaya bahasa simile (perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu dengan yang lain). Contohnya seperti berikut:

"Maka rupa senjata seperti hujan yang lebat;
 jikalau guruh di langit sekalipun tiada 
kedengaran daripada sangat tempik
 segala hulubalang, gemerincing bunyi segala 
senjata juga kedengaran. Maka lebu duli pun berangkat
 ke udara, siang cuaca menjadi
 kelam-kabutlah seperti gerhana matahari"

(Sulalatus Salatin, hal: 10)

     Dalam petikan di atas, telah digambarkan bagaimana rupa senjata yang begitu banyak jika dibandingkan dengan keadaan hujan lebat. Kemungkinan senjata yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah lembing. Rupa bentuk lembing yang panjang dengan bilangan yang begitu banyak disamakan dengan rupa air hujan yang turun ke bumi dengan lebatnya. 

    Begitu juga dengan tempat orang-orang bertempur yang dipenuhi dengan debu berterbangan, suara yang hingar-bungar, suasana udara menjadi kelam disamakan atau dibandingkan dengan keadaan cuaca yang suram dan kelam ketika berlakunya gerhana matahari.

No comments:

Post a Comment